Pekerja sosial sebagai pemangkin atau fasilitator mempunyai tanggungjawab menilai struktur polisi dan program-program yang mempunyai kelemahan dalam sesebuah organisasi demi mempertingkatkan keberkesanan perkhidmatan. Setelah menentukan faktor–faktor yang menghalang perkhidmatan yang efisyen, pekerja sosial mempunyai tanggungjawab untuk merancang dan melaksana pendekatan yang kondusif bagi mamantapkan perkhidmatan termasuklah penyediaan input-input berkaitan kepada pihak pentadbir atau pengurusan agensi: penggunaan mesyuarat staf untuk memperakukan atau mengajukan masalah; penggabungan dengan staf lain untuk memberikan tekanan kepada pentadbir yang menentang serta menggalakkan penyertaan atau penglibatan dalam sesi latihan perkhidmatan dan sebagainya.
Strategi-strategi khusus untuk mencapai tujuan tersebut adalah meliputi: pemberian harapan, pengurangan penolakan dan ambivalensi, pengakuan dan pengaturan perasaan-perasaan, mengidentifikasi atau mengenal pasti dan mendorong kekuatan-kekuatan personal dan aset-aset sosial, memisahkan masalah menjadi beberapa bahagian sehingga lebih mudah dipecahkan, dan pemeliharaan sebuah fokus pada tujuan dan cara-cara pencapaiannya (Barker, 1987:49).Pembangunan Manusia
Monday, 8 August 2011
PERANAN PEKERJA SOSIAL SEBAGAI PEMANGKIN / ENABLER
PERANAN PEKERJA SOSIAL SEBAGAI BROKER
Dalam konteks pembangunan manusia peranan pekerja sosial sebagai broker akan membantu menghubungkan pelanggan yang terdiri daripada individu, kumpulan, organisasi atau masyarakat dengan komuniti pengeluar atau yang menyediakan sesuatu perkhidmatan. Menurut Baker, 1995, seorang broker juga membantu meletakkan kepelbagaian segmen dalam sesuatu perhubungan di antara satu individu dengan komuniti yang lain bagi meningkatkan pertukaran pendapat atau minat masing-masing.
Misalnya, seorang broker dapat membantu pelanggan mendapatkan makanan atau tempat tinggal ketika kecemasan. Satu contoh yang mudah, seorang pekerja sosial (broker) membantu warga emas mendapatkan pusat perlindungan atau rumah warga tua. Peranan sebagai broker pula pada prinsipnya adalah “menghubungkan pelanggan dengan sumber-sumber dan perkhidmatan dan mengawal kualiti sumber dan perkhidmatan tersebut. Terdapat juga tiga kata kunci dalam pelaksanaan peranan sebagai broker, iaitu menghubungkan (linking); barang-barang atau sumber dan perkhidmatan (goods or resources and services); dan kawalan mutu (quality control).
Subscribe to:
Posts (Atom)